top of page

2.0 Ciri-ciri utama untuk menjadi usahawan.

  • Writer: studentscorner96
    studentscorner96
  • Nov 11, 2015
  • 9 min read

Usahawan yang adalah seorang yang memiliki ciri yang berbesza daripada individu lain. Ciri-ciri yang unik ini hanya dimiliki oleh individu yang memiliki sifat keusahawanan dan kemampuan untuk melaksanakan peranan sebagai usahawan dengan lebih berkesan. Apabila seseorang individu memilih untuk menjadi usahawan mereka ini telah berjaya merebut peluang yang sangat besar dan kemungkinan juga mereka akan dapat melihat masa depan mereka apabila mereka memilih untuk menjadi usahawan.Antara ciri-ciri usahawan yang perlu ada dalam diri usahawan ialah:


2.1) Bersifat terbuka terhadap persekitaran.



Selalunya para usahawan pasti akan berjumpa dengan pelbagai pihak yang berlainan sifat dan budayanya. Dalam konteks ini, usahawan haruslah bijak dalam berinteraksi dengan mana-mana pihak sama ada pelanggan atau pekerja. Seterusnya, memahami kebudayaan di persekitaran perniagaan agar dapat memastikan masalah dan penyelesaian pada sesuatu tempat itu. Usahawan yang bersifat terbuka terhadap organisasi dan selalu menyokong pelbagai pihak dalam pelaksanaan kerja dapat mewujudkan keselesaan berinteraksi sesebuah organisasi itu. Selain itu, perniagaan yang diusahakan juga dapat berkembang dengan luas dek kerana sudah arif akan persekitaran budaya yang berbeza.


Contohnya adalah usahawan Irfan Khairi. Irfan Khairi mendapat Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom. Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut. Beliau telah memulakan kerjaya di dalam dunia internet apabila mengesan pendapatan perniagaan internetnya lebih menguntungkan berbanding pendapatan perkerjaannya.


Dengan berbekalkan sebuah komputer riba dan internet wifi, irfan khairi berjaya menjana duit hampir RM1 juta setahun (Azrul, 2007). Ini kerana, beliau telah mengkaji keberkesanan pasaran internet ini di luar negara dan mendapati sambutannya yang menggalakkan. Beliau mengambil peluang ini untuk memulakan perniagaan internetnya apabila mendapati persaingan dalam bidang perniagaan melalui internet masih tidak ketara di negara kita. Di antara perkhidmatan yang disediakan oleh IKSB(Irfan Khairi Sdn Bhd) adalah penganjur acara dari seminar sehingga konsert, menyediakan khidmat penceramah , duta produk , konsultan, penajaan , e-buku , menghasilkan buku dan DVD motivasi, kewangan dan juga perniagaan. Selain itu, IKSB juga menawarkan perkhidmatan grafik dan multimedia dari membina laman web sehingga mencipta animasi dan video untuk persembahan atas talian.


2.2) Berorientasikan hasil


Kejayaan sesuatu perniagaan bukan hanya berdasarkan strategi syarikat sahaja tetapi dari aspek penghasilan idea yang terbaik juga amat dititikberatkan. Usahawan perlu memastikan hasil-hasil yang dijana itu mendapat keuntungan dan faedah kepada syarikat pada masa hadapan. Sekiranya syarikat telah memperolehi hasil yang memberangsangkan maka ia dapat menjadi satu penanda aras untuk usahawan menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif. Seorang usahawan yang berorientasi hasil juga bermakna memberi tumpuan kepada sesuatu kejadian yang sebenar atau hasil, yang mana berkaitan dengan apa yang berlaku dalam jangka masa yang berbeza. Usahawan yang mementingkan hasil kerja yang terbaik perlu mempersoalkan persoalan yang berikut seperti apa yang pelanggan tidak mempersoalkan?,apa pandangan pelanggan dalam sesuatu perniagaan?apa yang berlaku di luar bilik perundingan perniagaan dan dalam jangka masa panjang,adakah pelanggan mengekalkan keputusan mereka.


Contohnya adalah usahawan Tan Sri Dr Antony Francis Fernandes. Tan Sri Dr Antony Francis Fernandes yang turut dikenali sebagai Tony Fernandes adalah salah satu usahawan yang memiliki ciri sebagai seorang usahawan yang mementingkan pengorientasian hasil. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada Air Asia dan pengasas kepada Tune Group. Beliau mula dikenali rakyat Malaysia apabila beliau memperkenalkan tambang rendah Air Asia kepada rakyat Malaysia dengan slogan "Now everyone can fly", yang bertujuan untuk membuat penerbangan berpatutan agar semua orang boleh terbang. Akhirnya, syarikat penerbangan Air Asia berjaya mencapai keuntungan dalam jangka masa dua tahun kerana menawarkan tambang yang murah dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Air Asia sekarang telah dipilih sebagai syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia (Tokoh usahawan Tan Sri Antony Francais Fernandes, 2015). Oleh itu, dari sini kita dapat lihat Tan Sri Dr Antony Francis Fernandes adalah seorang usahawan yang amat meneliti tentang hasil syarikatnya sehingga berjaya dipersada dunia perniagaan.


2.3)Berorientasikan Kumpulan



Sifat kepimpinan merupakan sifat yang paling penting dalam perkembangan sesebuah perniagaan. Sesebuah organisasi itu dapat meningkatkan hasil tanpa meningkatkan sumber kerana kerja berpasukan melibatkan gabungan usaha, pengatahuan, kemahiran dan kebolehan yang dapat menghasilkan prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding jika dilakukan secara bersendirian (Abdul, 2003). Usahawan akan menjadi pendokong sesebuah perniagaan itu untuk bersatu padu dengan semua organisasi demi mencapai matlamat syarikat. Usahawan yang berorientasikan kumpulan akan mudah mengesan masalah dalaman dan luaran perniagaannya melalui pelbagai pihak.


Contoh usahawan yang mengamalkan ciri ini ialah Datuk Wira Dr Maznah. Datuk Dr. Maznah adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce. Beliau telah berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.Beliau kini mempunyai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Apa yang lebih membanggakan, van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high – tech cargo management, perkhidmatan dan pelbagai perkhidmatan yang lain.


Hasil daripada kegigihan beliau dan ‘team’nya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju.beliau amat memberi dorongan kepada kumpulannya untuk bergerak searus dengan matlamat syarikatnya (Biodata Datuk Wira Dr Maznah, 2015). Bagi menepati keperluan semasa, mereka telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai ‘success story’ Datuk Dr. Maznah ialah kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Ini kerana, semangat bekerjasama antara kumpulan yang menggerakkan jatuh bangun sesebuah syarikat itu. Selain itu, beliau menjalani perniagaannya dengan berorientasikan kumpulan membentuk satu gabungan idea yang hebat. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat.


2.4)Proaktif



Seorang usahawan bukan sahaja perlu mengambil pelbagai inisiatif malah sifat proaktif juga harus dipupuk untuk kekal bersaing dalam perniagaan. Seorang usahawan yang proaktif mereka perlu bertanggungjawab keatas semua keputusan sama ada masa kini dan lampau (Convey, 1989). Mereka gemar membuat keputusan berdasarkan prinsip-prinsip dan nilai sesuatu perkara terhadap persekitarannya. Sifat proaktif dalam membuat apa-apa keputusan yang bijak tanpa ada unsur yang mempengaruhi keputusan yang dibuat. Mereka juga berani dan tekad dalam menghasil keputusan yang mengandungi idea-idea menarik serta membuat perubahan yang kreatif terhadap syarikatnya. Usahawan yang berorientasikan kumpulan akan mudah mengesan masalah dalaman dan luaran perniagaannya melalui pelbagai pihak.


Contoh usahawan yang memiliki ciri ini adalah Syed Mokhtar Al Bukhary. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 (Ashadi, 2005). Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.


Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor. Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.


Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Selain itu, beliau mempunyai ciri-ciri seseorang usahawan yang baik dan dapat dicontohi oleh semua masyarakat. Beliau amat proaktif dalam usaha mempertingkatkan kestabilan syarikatnya setelah mendapat lesen perdagangan beras daripada lembaga padi Negara. Selain itu, beliau juga proaktif dalam menjalinkan hubungan baik bersama syarikat-syarikat terkemuka di dalam Negara. Oleh itu, sifat proaktif Syed Mokhtar al Bukhary telah menghasilkan suatu perubahan yang baik serta menjadi pendorong kepada usahawan yang lain.


2.5)Rangkaian


Rangkaian bermaksud komputer yang dihubungkan untuk berkongsi perkasasan perisian dan maklumat (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Rangkaian biasanya terdapat dalam organisasi besar atau bangunan-bangunan berdekatan. Sebagai contoh, usahawan yang memiliki ciri-ciri rangkaian ini adalah Tony Fernandez yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia. Beliau kini merupakan seorang tokoh jutawan yang disegani kerana kejayaannya dalam revolusi industri penerbangan rantau Asia. Tony Fernandez beliau berkata sudah lama menyimpan angan-angan untuk menceburi bidang perniagaan ini secara serius tetapi beliau tidak tahu perniagaaan apakah yang ingin diniagakan. Namun, secara tidak sengaja telah timbul idea beliau untuk menubuhkan syarikat penerbangan ketika beliau berada di London selepas tertarik akan sebuah iklan syarikat penerbangan tambang murah (Abdullah & Muhammad, 2008). Apabila beliau pulang ke Malaysia beliau telah menyatakan hasrat beliau untuk menubuhkan syarikat penerbangan kepada rakannya iaitu Datuk Kamaruddin Meranum.


Sepanjang tempoh enam tahun penubuhannya, kakitangan air Asia kini telah meningkat daripada 200 orang kepada 5000 orang dengan pesawat meningkat kepada 65 buah berbanding dua buah pesawat pada permulaan. Jumlah penumpang pula bertambah daripada 200,000 orang kepada 18 juta orang setahun. Beliau kini dan rakan-rakannya telah membuktikan bahawa syarikat Malaysia mampu bersaing di pentas antarabangsa setaraf dengan syarikat penerbangan di luar negara. Tony Fernandez telah menggunakan motto “Now Everyone Can Fly” yang dapat menarik ramai pelancong.


2.6)Budaya Terbuka



Budaya yang terbuka bermaksud memuliakan dan menghormati orang lain.Budaya adalah satu cara hidup yang dimiliki bersama oleh kelompok orang dan diwariskan dari generasi ke generasi.Budaya ini mempunyai sikap yang saling tolak ansur dan mempunyai nilai moral terhadap masyarakat (Geertz, 1992). Budaya yang terbuka juga didefinisikan sebagai amalan atau budaya kerja yang mementingkan sikap keterbukaan tanpa ada perasaan atau perkara yang disembunyikan daripada orang lain.Amalan yang terbuka ini akan memudahkan orang lain bekerjasama dengan kita.


Sebagai contoh,tokoh usahawan yang memiliki sifat budaya yang terbuka ialah Datuk Maznah Hamid yang merupakan Pengerusi Eksekutif Securiforce kira-kira 27 tahun yang lalu.Beliau bertindak sebagai pembekal keselamatan terbesar di Malaysia.Beliau kini telah memiliki 65 buah cawangan,6000 kakitangan,beratus-ratus senjata api,puluhan kalis peluru dan beberapa kenderaan perisai (Datuk Maznah Hamid, 2015).Perkhidatam beliau tidak terhad kepada aspek keselamatan sahaja tetapi kepada pengawal statik,logistik tunai dalam transit, dan lain-lain.


Securiforce kini dalam usaha untuk menjadi keselamatan bersepadu dan memenuhi perkhidmatan pelanggan.Selain di Malaysia,Securiforce Logistic turut berada di cawangan Singapura, Bangkok, China,Korea, Turki dan Jerman. Paling menarik sekali, syarikat beliau ditubuhkan secara beransur-ansur tanpa bantuan daripada mana-mana institusi kewangan perbankan. Beliau telah diundang untuk memperkenalkan rancangan motivasi di TV3 pada tahun 1990. Disitulah beliau menjadi kaunselor motivasi dan kita sering dapat melihat wajahnya di kaca TV.


2.7)Kegagalan adalah Satu Pilihan



Kegagalan adalah satu pilihan beerti seseorang individu tersebut berhak untuk menentukan kehidupan ke atas dirinya sama ada memilih untuk gagal ataupun berjaya.Jika individu tersebut memilih untuk gagal maka gagal lah sepanjang hidupnya namun jika individu tersebut memilih untuk berjaya maka kejayaan akan sering hadir dalam hidupnya kerana individu tersebut telah membuat pilihan yang tepat.


Contoh usahawan yang yang telah memilih kejayaan dalam hidupnya ialah Tuan Wan Zaki,selako CEO Jelita Sara yang bermula dari kosong sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat sekarang (CEO jelitasara, 2015).Beliau tiada asas dalam perniagaan dan mula belajar ketika cikgu beliau ke membuat lawatan ke Langkawi Beliau juga pernah menjual stoking sehingga digelar ‘Zaki Stokin’.Beliau turut mengalami hutang melalui kad kredit ang semakin bertambah dan mengalami tekanan hidup,beliau pernah dilemparkan kata-kata negatif sewaktu berniaga gamat.


Beliau juga pernah menyuruh isteri beliau menjual tudung melalui bonet kereta yang dipinjam daripada kakaknya .Beliau telah mula menjuaal tudung secara’online’dengan membeli domain dengan harga RM50 termasuk hosting.Beliau bersyukur dengan perkembangan Jelita Sara dan sekarang Tuan Wan Zaki bertindak sebagai CEO namun beliau tetap gigih mengembangkan lagi perniagaan beliau bagi bersaing dengan jenama-jenama lain. Jelaslah bahawa beliau memilih untuk berjaya daripada gagal kerana beliau asalnya seorang yang gagal namun bermula dari kegagalan itulah beliau menempa kejayaan.


2.8)Berwawasan.



Berwawasan bermaksud fahaman atau tanggapan bukan sesuatu hal seperti berpandangan jauh terutama berkaitan dengan renungan masa depan bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi atau perniagaan (Nazwan, 2014). Selain itu, berwawasan juga boleh diertikan sebagai cita-cita ataupun matlamat yang ingin dicapai dalam waktu yang tertentu. Wawasan juga merupakan visi yang ada pada seseorang individu bagi mendapatkan apa yang diinginkan melalui perancangan yang rapid an teratur.


Usahawan yang mempunyai ciri berwawasan ini ialah Dato’Aliff Syukri Kamaruzaman. Beliau seorang usahawan yang berwawasan tinggi (Norhana, 2012). Ciri wawasan ini dapat dibuktikan apabila beliau menggunakan visi D’Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihtan dengan konsep terbuka dan lebih mudah serta ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi engurusan, keberkesanan kualiti serta harga berpatutan. Selain itu, beliau juga menetapkan wawasan syarikat sejajar dengan wawasan kerajaan dengan misi yang telah ditetapkan dalam syarikatnya iaitu membantu golongan wanita dan lelaki yang mempunyai masalah kesihatan tampil lebih yakin dan bergaya.


2.9)Mengambil Risiko yang terbuka.



Mengambil risiko yang terbuka bermaksud risiko merupakan tolak ukur seseorang (Kamus dewan Edisi Ketiga, 1996).Orang yang berani mengambil risiko sebenarnya seorang yang mempunyai semangat yang tinggi dalam dirinya ketika melalui langkah-langkah untuk menikmati hasil usahanya. Selain itu, mengambil risiko terbuka juga membawa maksud individu yang berni menghadapi risiko yang besar walaupun tiada apa-apa jaminan yang akan melindunginya ketikaditimpa sebarang masalah pada masa hadapan.


Antara contoh usahawan yang sanggup mengmbil risiko terbuka ini ialah Pengasas Genting Group merangkap hartawan Asia iaitu Tan Sri Lim GohTong yang mempunyai ciri suka mengambil risiko terbuka. Beliau sedia menerima sebarang kemungkinan dengan tabah dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terus maju ke hadapan (Tokoh Tan Sri Lim Goh Toh, 2015). Beliau juga seorang yang begitu berani memberi idea agar ditubuhkan pusat pelancongan bertaraf dunia walaupun beliau telah diejek sebagai lelaki gita pada suatu ketika dahulu. Orang pernah mengatakan bahawa idea beliau tidak menjanjikan pulangan modal disebabkan oleh tiada siapa yang meminati bidang perniagaan tersebut. Namun kini, First World Hotel merupakan hotel yang terbesar di dunia.


2.10)Kesimpulan


Kesimpulannya, bidang keusahawanan merupakan bidang yang amat diminati ramai. Lihat sahaja berapa ramai tokoh-tokoh di Malaysia yang telah menjadi usahawan yang berjaya dan disegani ramai. Kejayaan merekan disebabkan oleh prinsip-prinsip yang mereka dukung iaitu mengamalkan budaya terbuka, meluaskan rangkaiain, berwawasan dan gagal tidak menjadi penghalang untuk mereka berjaya seperti hari ini.


Tokoh-tokoh seperti Tony Fernandez, Dato Maznah Hamid, Tuan Wan Zaki dan Dato Aliff Syukri. Mereka merupakan insan yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam mencapai cita-cita mereka bergelar usahawan pada masa kini. Peniagaan yang mereka jalankan menghadapi pelbagai risiko tetapi ianya bukanlah sesuatu yang berat bagi mereka untuk mengharunginya. Kepayahan yang mereka lalui sebelum bergelar usahawan menjadikan siapa mereka yang sebenar pada hari ini.


Perniagaan yang mereka semua ceburi pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka juga mampu berjaya setaraf dengan usahawan barat. Ciri-ciri yang ada di dalam diri usahawan tersebut wajar dicontohi bagi mereka yang ingin bergelar usahawan kerana jika tiada ciri-ciri tersebut amatlah mustahil bagi mereka untuk berjaya. Sesuatu hal yang perlu mereka ingat bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan komitmen yang tinggi terhadap bidang yang ingin diceburi.

 
 
 

Hozzászólások


© 2023 by Walkaway. Proudly created with Wix.com

bottom of page