top of page

PENDAHULUAN

Pendahuluan

             Bidang perniagaan adalah bidang yang sangat mencabar dan melibatkan aktiviti-aktiviti penggemblengan sumber pengeluaran, pengurusan organisasi dan pengambilan risiko. Bagi memastikan usahawan untuk dapat bertahan dalam perniagaan dan mengamalkan sifat-sifat usahawan yang perlu ada dalam diri setiap usahawan antaranya ialah rangkaian, berwawasan, proaktif, budaya terbuka berorientasikan hasil dan beberapa ciri yang lain. Ciri-ciri adalah penting dan patut diamalkan supaya seseorang usahawan mampu memenuhi keperluan masyarakat pada masa kini. Usahawan adalah individu yang memainkan peranan yang penting dalam meneroka peluang-peluang perniagaan demi meningkatkatkan ekonomi negara. Para usahawan perlulah bekerja keras untuk menjamin perniagaan yang berjaya pada masa hadapan. Antara usahawan yang berjaya ialah Puan Faiza iaitu seorang wanita yang menghasilkan produk yang berkualiti tinggi iaitu beras berjenama Faiza. Seseorang usahawan yang berjaya seperti Puan Faiza ini amat tidak menumpukan kepada kekayaan semata-mata tetapi ingin membantu golongan yang susah terutamanya ibu tunggal dan anak yatim. Beliau juga usahawan wanita yang mampu mengawal jumlah pekerja yang ramai dan telah menerima pelbagai anugerah dalam perniagaan yang diusahakannya.

 

            Menurut Casson (1982), mentakrifkan usahawan adalah seorang yang mempunyai kepakaran dalam proses pembuatan keputusan tentang penyelarasan bahan-bahan mentah yang terhad. Seseorang bermaksud individu iaitu ia tidak merujuk kepada kumpulan, ahli jawatan kuasa atau organisasi. Contoh apabila seseorang usahawan telah membuat keputusan akan menggunakan kebolehannya untuk mendapatkan sokongan ahli-ahli pasukannya untuk melaksanakan keputusan tersebut. Menurut Farid (2007), menyatakan usahawan adalah seseorang individu yang memiliki tenaga dan semangat yang tingg, lebih bertoleransi daripada orang lain terhadap risiko dan ketidakpastian dan kecekalan untuk mencapai matlamat di sebalik pelbagai cabarann dan kekurangan sumber.

© 2023 by Walkaway. Proudly created with Wix.com

bottom of page