Asas Keusahawanan
Tugasan Berkumpulan (group AA)
Tugasan Berkumpulan
SADE1013

TAJUK TUGASAN 1 :
a)CIRI-CIRI USAHAWAN
b)TOKOH USAHAWAN FAIZA BAWUMI SAYED HAMID
PENSYARAH :
DR.SAHADAH BINTI HAJI ABDULLAH
AHLI KUMPULAN:
NUR’ ALIA ASYIEKEIN BT ZULKEFLEY 234343
NURUL FATIAH BT MOHD NASIR 232953
NORASMIDAR BT ZAHARI 240260
SITI NUR AISHAH BT SAMNGANI 237597
TARIKH HANTAR:
5 NOVEMBER 2015
KESIMPULAN
Kesimpulan
Usahawan adalah golongan yang sentiasa berfikiran ke hadapan, mementingkan autonomi dan mempunyai cita-cita tinggi untuk mencapai objektif perniagaan yang diusahakan. Usahawan juga adalah golongan yang mempunya kemahiran dan kepakaran bukan hanya untuk menguruskan harta dan sumber sendiri tetapi juga sumber orang lain. Usahawan perlulah memiliki ciri-ciri usahawan seperti proaktif, berwawasan, berfikiran terbuka dan sebagainya supaya perniagaan yang diusahakan akan menjadi lebih teratur dan sistematik. Apabila ciri ini diamalkan susah tentulah akan dapat meningkatkan pendapatan dan seterusnya dapat menambahkan pendapatan negara.
Usahawan Bumiputera yang bertapak kukuh dalam bidang perniagaan mempunyai kelebihan-kelebihan untuk mengawal harga dan pengeluaran barangan terutamanya dalam sektor pengeluran makanan seperti beras. Usahawan adalah penting kerana melalui usahawan akan membolehkan sesebuah pembangunan dijalankan. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu menggalakkan supaya golongan muda mengambil peluang untuk menjadi usahawan. Pihak kerajaan haruslah memberikan bantuan daripada segi modal, latihan, lokasi perniagaan dan sebagainya yang dapat menarik minat golongan muda ini untuk memulakan perniagaan. Melalui cara ini akan dapat meningkatkan pendapatan masyarakat, membuka peluang pekerjaan dan seterusnya akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi selari dengan wasasan 2020.