top of page

BAHAGIAN B

Tokoh Usahawan Faizah Bawuni Sayed Hamid

3.1) Latar belakang

 

 

Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad

 

     Faiza Bawumi Sayed Ahmad merupakan pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn.Bhd dan kini beliau berusia 69 tahun. Apabila beliau berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yang pertama, tokoh usahawan wanita yang berjaya ini seorang wanita kelahiran Mesir telah berhijrah ke Mesir kerana beliau terpaksa berhijrah ke Malaysia kerana mengikuti suaminya iaitu pada tahun 1964. Semasa beliau berhijrah ke Malaysia beliau sudah mampu menguasai bahasa Melayu dan fasih menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Ini adalah sikap beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya menjadi faktor utama beliau mahir dalam menggunakan Bahasa Melayu. Tokoh usahawan wanita ini mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 orang cucunya. Walaupun beliau seorang yang berusia, namun ianya tidak menghalang beliau untuk merancang strategi bagi mengukuhkan lagi kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. Wanita yang berpewatakan lembut ini sebenarnya seorang yang sangat lemah lembut. Beliau menginginkan bahawa syarikat yang dimilikinya sentiasa berada pada landasan yang betul dan mencatatkan keuntungan yang sangat tinggi pada setiap tahun.

           

        Puan Faiza sebenarnya telah dilahirkan dalam keluarga yang bergiat aktif dalam perniagaan. Sejak kecil lagi beliau telah berkecimpung dalam bidang perniagaan dan beliau sendiri tidak menyangka akan melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini (Nasri, 2010). Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya telah mendorongnya untuk bergiat serius dalam bidang perniagaan ini. Apabila beliau berhijrah ke Malaysia Puan Faiza ini telah mencari sesuatu aktiviti yang berfaedah supaya masa beliau tidak terbuang begitu sahaja. Beliau bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan mempunyai modal sebanyak RM 4 dan menjual pelbagai jenis barangan dapur. Puan Faiza telah mengambil keputusan untuk membeli kain ela dan menjahit gaun-gaun kecil untuk anak-anak kecil jirannya. Selain itu beliau juga telah berjaya menghasilkan set sarung bantal dan hasil jahitannya yang sangat kemas menyebabkan kawan-kawannya tertarik untuk membelinya.

 

     Kemudian, beliau telah mengambil keputusan untuk berniaga set ensiklopedia pula dan seterusnya peniagaan pinggan mangguk secara kecil-kecilan dan dijual kepada kawan-kawannya serta jirannya yang berhampiran. Perniagaan kecil-kecilan ini yang diusahakan beliau mendapat keuntungan yang agak tinggi dan Puan Faiza telah menjadikan hasil keuntungan tersebut sebagai modal untuk perniagaan seterusnya yang akan dijalankan.

 

       Bermodalkan hasil jualan jahitannya, Puan Faiza mengambil keputusan untuk membuka sebuah perniagaan yang baru iaitu perniagaan rempah ratus semasa beliau berpindah ke Mersing. Ini kerana beliau sangat berminat untuk menghasilkan rempah.Puan Faiza juga telah membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan,cili kering, cengkih dan sebagainya dan kemudian beliau membancuh sendiri ramuan tersebut untuk dijadikan rempah.semua proses membuat rempah ini telah dilakukan sendiri iaitu dari segi mencuci, menjemur serta menggaoreng rempah tersebut. Rempah keluarannya sendiri telah dijenamakan dengan nama Bunga Rayadan beliau telah mengedarkannya ke kedai-kedai. Puan Faizah ini amat mementingkan kualiti rempahnya dan melakukan sendiri kerja-kerja penghasilan rempah kari ini.  Seterusnya rempah beliau ini telah dikenali sebagai Rempah Tok Kadi disebabkan oleh suaminya yang bekerja sebagai kadi ketika itu. Kemudian beliau telah mempelbagaikan produk rempah-rempah ini seperti rempah sup, rempah beriyani, rempah kurma dan sebagainya.

 

         Apabila beliau memiliki kedai miliknya sendiri, Puan Faiza ini telah belajar untuk mempelajari pelbagai jenis beras. Sebelum beliau memulakan perniagaan untuk menjual beras ini beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai yang lain bagi mendapatkan maklum balas sekiranya beliau menjadi pengusaha beras. Apabila beliau mendapat maklum balas yang positif beliau teru meohon untuk mendapatkan lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni,beras wangi, beras siam dan sebagainya. Pada tahun 1982, Syarikat Faizah Sdn.Bhd telah ditubuhkan setelah beliau berjaya mendapat lesen untuk menjadi pemborong beras (Syarikat pengeluran beras Faiza, 2015). Kemudian, beliau telah memasarkan produknya di sekitar Johor, Kuala Lumpur, dan Melaka.

 

      Seterusnya pada tahun 1992, syarikatnya telah menjalankan kerjasama dengan Lembaga Padi Beras Negara dan salah seorang ahli kepada BERNAS. Beliau juga amat peka dengan kesihatan rakyat Malaysia dan beliau telah menghasilakan beras ponni dengan dipasarkan dengan menggunakan jenama Taj Mahal. Beras ini adalah hasil kajian jutaan ringgit Faiza Sdn.Bhd bersama pakar dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Hasil sokongan dan sambutan yang mengalakkan dari masyarakat terhadap kepelbagaian produk beras yang dihasilkan dan beliau telah berjaya membina kilang beras yang berteknologi tinggi milik syarikatnya sendiri dengan keluasa 40,000 kaki persegi.

 

          Pada masa kini Puan Faiza seorang tokoh usahawan beras ini memiliki seramai 200 orang pekerja tetap dan lebih kurang 300 orang orang pekerja kontrak. Apabila beliau melibatkan diri dalam perusahaan beras, ianya adalah penting dalam penghasilan produk tersebut.Produk pengeluaran beras ini memberi pilihan kepada masyarakat untuk mendapatkan untuk mendapatkan produk yang halal tanpa diragui dan berstatus tinggi mutu berasnya.

 

      Syarikat milik usahawan beras kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini termasuklah beras yang dikenali sekali iaitu “Herba Ponni Taj Mahal”. Selain itu,anak syarikatnya iaitu Faiza marketing Sdn Bhd melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan sebagainya. Kini pada usia emas, Puan Faiza masih lagi aktif dalam menguruskan perniagaannya. Seterusnya, beliau dibantu oleh lima orang daripada tujuh anaknya untuk mengawal ratusan jumlah pekerja. Kini beliau sedang melakukan kerja-kerja amal di bawah pergerakan wanita UMNO Batu Pahat, Johor. Walaupun beliau sibuk dalam aktiviti perniagaan beliau tetap meuangkan masa untuk melakukan kerja amal. Beliau juga sering memberi sumbangan terutamanya kepada golongan yang memerlukan seperti golongan miskin dan ibu tunggal. Selain itu, beliau juga merupakan penaja dalam realiti televisyen berbentuk swasta tempatan yang berbentuk amal iaitu ‘Bersamamu’ dan beliau kini berhasrat untuk menubuh sebuah Yayasan Faiza untuk ibu tunggal serta golongan miskin. Beliau membuka perniagaan ini bukanlah semata mata untuk kekayaan tetapi juga adalah untuk membantu orang lain terutamanya golongan miskin dan ibu tunggal.

 

    Puan Faiza juga telah memegang jawatan sebagai yang Dipertua Pemborong Beras Bumiputera Malaysi, Pengerusi Wanita Pertubuhan Kebajikan Isam Malaysia (PERKIM) Batu pahat serta Pengerusi Biro Kebajikan UMNO bahagian Batu Pahat. Selain itu, Puan Faiza juga merupakan ahli lembaga pelawat Hospital Batu Pahat serta pemegang amanah anak yatim Batu Pahat.

 

 

 

3.2) Ciri-ciri usahawan yang dimiliki oleh Puan Faiza.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.2.1) Informasional iaitu sebagai jurucakap untuk menyampaikan maklumat.

 

     Puan Faiza juga seorang yang informasional yang amat penting perlu ada dalam diri seseorang usahawan. Puan Faiza bertindak sebagai jurucakap untuk menyampaikan maklumat dari dalam dan luar organisasi bagi pihak yang mempunyai kepentingan dalam organisasi tersebut. Contohnya, sebagai sebuah syarikat pembekal beras, syarikat Faiza Sdn bhd mmengunjurkan pertumbuhan sebanyak 20 peratus bagi semua produk keluarannya pada tahun ini. Puan faiza berpendapat kadar unjuran itu akan dijangka lebih baik bergantung kepada pencapaian syarikatnya yang mencatatatkan jumlah jualan melebihi RM 200 juta tahun lalu dan pada tahun sebelumnya (Ciri usahawan yang dimiliki Faiza Bawumi, 2015). Ciri usahawan ini adalah penting supaya perniagaan akan berjalan dengan lebih lancar dan sistematik.

 

3.2.2)Interpersonal.

 

     Puan Faiza juga berperanan sebagai interpersonal iaitu sebagai seorang pemimpin bagi memastikan pengurusan dalam perniagaannya sentiasa berjalan dengan lancar. Beliau juga bertangunggjawab untuk mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti syarikatnya supaya matlamat organisasi akan tercapai. Selain itu, sebagai seorang pemimpin beliau juga sering memberi latihan dan motivasi kepada semua kakitangan tanpa mengira pangkat dan jawatan. Beliau juga sering memberikan tunjuk ajar kepada pekerja dan sering berkongsi ilmu dengan pekerja bawahannya. Puan Faiza juga sebagai seorang yang bijak berkomunikasi dengan semua pihak dari dalam mahupun luar organisasinya.

Dalam perniaagan ini niat beliau adalah satu iaitu beliau berniaga bukanla untuk kekayaan semata-mata tetapi untuk membantu golongan yang susah terutamanya golongan miskin dan anak yatim supaya mereka ini dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

 

3.2.3) Membuat keputusan untuk menjadi seorang usahawan.

 

       Puan Faiza juga telah membuat keputusan untuk menjadi seorang usahawan dan sikapnya ini amat penting dalam diri seseorang usahawan. Beliau juga sentiasa berusaha untuk memajukan perniagaannya dengan mengeluarkan beberapa produk baru seperti sos, kicap, bihun dan sebagainya. Ini kerana beliau tidak mahu produk yang dihasilkan oleh syarikatnya hanya mengeluarkan beras dan rempah sahaja dan bertujuan untuk memenuhi cita rasa pengguna dan sebarang kemungkinan seperti bencana alam yang menyebabkan bekalan beras kan terputus. Setiap tindakan atau keputusan yang dibuat oleh Puan Faiza ini mestilah berupaya untuk menggembleng faktor pengeluaran dengan cekap dan membuat pengurusan yang bijak berdasarkan kajian dan risiko yang telah dijalankan ini.

 

3.2.4) Menghasilkan produk baru.

 

       Selain itu, Puan faizah juga sebagai seorang usahawan beliau juga membantu memperbaiki kehidupan masyarakat melalui penghasilan produk baru seperti beras. Beliau bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi juga turut mendorong kepada pembahagian kekayaan. Dalam Islam juga ada menyatakan keusahawanan adalah sebagai salah satu daripada cabang ibadat sehingga mengakui bahawa 90 peratus daripada sumber rezeki datangnya daripada hasil perniagaan. Penghasilan produk baru yang dihasilkan oleh Puan Faiza adalah ciri usahawan yang penting supaya dapat menarik minat masyarakat untuk membeli dan seterusnya membeli produk tersebut. Puan faiza juga tidak menggunakan produk tiruan bagi keluaran produk berasnya (Kamarul Halim, 2015).

 

3.3. Anugerah.

 

     Syarikat yang diusahakan oleh puan Faiza ini telah menerima pelbagai anugerah terbaik termasuklah pemborong beras terbaik pada tahun 2000. Selain itu, beliau juga telah memenangi anugerah kecemerlangan operasi Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) pada tahun 2001 dan berjaya merangkul anugerah emas bagi beras Taj Mahal oleh Readers’Digest Super Brand (Tokoh beras Faiza, 2015). Selain beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuklah anugerah wanita Anggun 2005, Tokoh Ibu Mithali Perkim 2007. Selain itu, beliau juga berjaya memenangi anugerah wanita Nadi negara peringkat Johor 2007dan anugerah khas Toh Guru 2009.

© 2023 by Walkaway. Proudly created with Wix.com

bottom of page